Sunday, October 18, 2009

keburukan kosmetik

Dari sudut perubatan, tubuh manusia boleh menyerap apa sahaja yang disapu pada kulit dalam jumlah kandungan tertentu.

Kandungan toksin juga mudah diserap dan ini meninggalkan kesan buruk seperti:
–gangguan sistem imunisasi
–gangguan neurologi
–Penghadaman
–hormon yang tidak seimbang
–obesiti serta pelbagai masalah kesihatan lain.

Apabila bahan kimia digunakan dalam kosmetik, risikonya tetap ada walaupun unsur pencemaran itu sangat sukar dikesan melalui ujian biasa. Kebanyakan bahan kimia dalam produk penjagaan tubuh mudah diserap melalui kulit. Malah ada di antaranya menunjukkan kesan serapan yang pantas sejurus disapu seperti yang berlaku pada bibir mahupun tangan.

Terdapat banyak syarikat pengeluar produk menggunakan teknologi nanopartikel untuk membantu mempercepat kesan serapan. Maka tidak hairanlah mengapa ada kajian yang menunjukkan penemuan kandungan seperti:
–kosmetik dalam tisu manusia
–unsur plastik industri (phtalate) dalam air kencing
–komponen minyak wangi seperti xylena dalam lemak badan.

Dewasa kini, pelanggan kosmetik bukan sahaja ditipu dengan produk-produk palsu tetapi juga antara lain mengandungi bahan memproses filem, hidrokuinon yang boleh mengakibatkan risiko kulit kemerah-merahan, bertompok-tompok dan mengelupas, malah lebih teruk lagi kanser kulit.
•Antara produk mereka ialah krim malam, krim pencerah, krim rawatan kulit serta lulur herba.

Baik di negara ini, mahupun negara Taiwan, Thailand, Hong Kong, Indonesia dan Jepun, produk-produk pemutih kulit merupakan sebahagian daripada kosmetik yang menyumbangkan keuntungan berjuta-juta dolar. Di Hong Kong, dua tahun lalu, seorang wanita telah dimasukkan ke hospital dan 13 yang lain dirujuk kepada pakar selepas menggunakan sejenis krim pemutih. Krim tersebut dipercayai, mengandungi merkuri atau raksa antara 9,000 hingga 65,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan.

Kajian yang dilakukan oleh seorang profesor patalogi Universiti China di Hong Kong, Dr. Christoper Lam pada tahun 2000 amat mengejutkan. Menurut beliau, lapan produk pengeluar kosmetik global mengandungi merkuri melebihi tahap yang dibenarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA). Hal ini kerana merkuri yang berlebihan boleh meninggalkan kesan pada sistem saraf, buah pinggang, masalah hilang penglihatan, pendengaran, tangan menggeletar, perubahan personaliti, rasa gelisah, sukar tidur serta hilang ingatan.

Sering diingatkan bahawa Merkuri dalam apa juga keadaan, seharusnya tidak digunakan lebih-lebih lagi dalam kosmetik kerana ia merupakan sejenis bahan kimia beracun dan amat berbahaya pada kesihatan.

Disini turut disenaraikan beberapa jenis asid didalam kosmetik yang tidak boleh melebihi dos:

•Sebatian bukan organik:
–Ia boleh dihidu dan diserap melalui paru-paru dan kulit. Sebatian jenis ini boleh diserap melalui perut jika tertelan. Kebanyakan sebatian jenis ini agak memedihkan jika terkena pada kulit, mata dan mukus membran.

•Sebatian organik:
–Ia boleh masuk ke dalam tubuh melalui tiga laluan utama iaitu paru-paru, kulit dan perut.
–Individu yang berisiko tinggi:
- Wanita hamil
- Janin
-Kanak-kanak

•Merkuri unsur asli:
–Cecair merkuri akan mengeluarkan wap pada suhu bilik. Wap ini boleh dihidu, masuk ke paru-paru dan terus ke aliran darah. Ia juga boleh masuk melalui kulit.

•Ftalat
–Ftalat ialah sejenis ester asid yang terkandung di dalam cecair penguat kuku, semburan rambut, losyen badan dan pewangi. Ia digunakan untuk mengekalkan haruman dalam sesuatu produk. Ftalat boleh mendatangkan risiko kepada tumbesaran dan sistem pembiakan manusia. Ftalat telah dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.

•Hidrokuinon
–Hidrokuinon juga adalah antara bahan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik untuk pemutihan. Hidrokuinon mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan kulit luar menggelupas serta menyekat pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam. Kandungan hidrokuinon yang melebihi 2% akan menyebabkan kulit menjadi gatal dan rasa terbakar. Hidrokuinon juga boleh menyebabkan kelainan pada ginjal (nephrofati), kanser darah (leukemia) dan kanser hati.

•Plumbum
–Plumbum biasanya didapati di dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, sejenis depresen sistem saraf. Neurotoksin menyebabkan masalah dalam kelakuan dan pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, keagresifan yang meningkat dan penurunan dalam tumpuan.

•Formaldehid
–Formaldehid adalah bahan kimia yang digunakan di dalam produk mandian bayi. Ia menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa. Contohnya, formaldehid digunakan di dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Malangnya, formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif.

Selain bahan kimia yang disenaraikan di atas, sebahagian produk kosmetik juga didapati mengandungi bahan logam seperti arsenik, kadmium, aluminium dan lain-lain. Kesemua bahan ini boleh membahayakan pengguna, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit yang boleh diwarisi secara genetik, seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Kesan kepada individu:

•PENGUSAHA
-disabit kesalahan di bawah Akta Racun 1952 yang mengenakan penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

•PENGGUNA
-Alergi, kecacatan kelahiran, dan kanser.
-penyakit buah pinggang dan otak
-ketidakseimbangan atau vertigo
-sakit kepala
-mood tidak stabil
-hilang tumpuan
-gangguan ingatan.